L I K E L A L A L A


Tutorial #2 : Cara Nak Buang Virus Shortcut

Assalamualaikum. 
Serius rambang giler tajuk ni. Tiba2 rasa nak share ilmu. Actually, tajuk tu saja jek letak macam tu sebab kebanyakan manusia akan google ayat tuh. Aku tak sure sangat sama ada virus tu betul2 boleh buang ke tak. Anyway, yang paling penting mesti lah nak retrieve balik folder2 penting korang yang dipenuhi dengan gambar2 awek random kat facebook dan juga... eh. Astaghfirullahalazim. Tak baik bersangka buruk.

Ok2. Aku dah melalut jauh daripada apa yang korang nak tahu sangat sangat. Cuba bayangkan kalau aku saja letak tajuk ni tapi taknak share apa2 cara langsung. Haha. Mesti korang rasa macam nak hack blog ni kan? Hehe. Eh. Jangan buat betul2. Kasihanilah aku. -.-

Ok mari mula. Untuk pengetahuan anda anda yang tidak mengetahui, caranya sangat sangat sangat mudah dan aku dah guna cara ni sejak zaman kejatuhan empayar Yunani. Ok merepek. Mula2. Aku kasi contoh folder yang kena shortcut. Aku tak tahu apa nama virus ni. Aku panggil virus shortcut jek laa ekh. Haha. Pedulikan. Tak penting. Kalau kena virus ni kat external hard disk lagi sakit sebenarnya. Tapi cara ni boleh praktikkan kat pendrive dan external. Jangan risau. By the way, all this images I'm about to show are taken from my friend, Iqram Mianji's actual external hard disk which has been infected by this particular virus. 


As you can see up here, this is an example of a massively infected external.  Kalau korang punya virus jenis yang lain, tu aku tak boleh tolong. Aku cuma nak explain pasal virus shortcut ni jek. Suka2 aku jek bagi nama kat virus ni. Anyway, sedih giler. Tu laa. Dah tahu laptop member ada virus, kau cucuk jugak. Merasa laa. Haha.

Dan kalau klik kat mana2 folder yang kena shortcut tuh, dia akan keluar window lebih kurang macam ni.


Lebih kurang macam ni laa window yang keluar tuh. Tak payah jiwa kacau sangat kalau aku punya tak sama dengan korang. Sorry malas nak editing pagi2 buta ni. Dah pukul 2 pagi. -.-


Ok sekarang klik kat search box kat dalam window box untuk pendrive atau external korang. Yang dekat warna merah tuh. Klik jek. Klik jek laa. Klik jek laa gedik. Aku pukul kau kang. Tibe2. Jiwa kacau pagi2 buta. -.-

Lepas dah klik tuh, taip nama folder yang kena shortcut tuh. Contohnya kat sini aku tekan nama folder 'Movies'. Kalau korang punya nama folder 'Assignment' ke, 'Kerja Sekolah' ke. Itu korang punya hal korang taip sendiri. Haha.


Dah taip nama folder tuh, terus tekan enter. InsyaAllah kalau takde aral melintang kalau laptop korang takde setan, dapat laa masuk. Cara ni juga boleh digunakan untuk bukak fail. Contohnya fail microsoft word, fail mp3, fail video. Cuma taip nama fail tuh jek. Itu pun kalau fail tu kena virus shortcut ni. Kalau tak kena virus tapi saja gedik nak bukak fail dengan cara ni boleh jugak.


Saja jek nak tunjuk koleksi movie member aku ni. Banyak jugak yang aku tolong download kan. Dah aku jek yang rajin nak download segala bagai ni. Haha. Anyway, aku guna cara ni sebab lebih selamat daripada guna software segala bagai. Walaupun manual dan menyusahkan sikit, tapi asalkan semua fail selamat rasanya takde masalah nak guna cara ni. Cara ni boleh jugak guna kat Windows XP dan Vista insyaAllah.


Ok. Nak explain jugak. Cara ni tak menghilangkan visual virus shortcut ni. Dia cuma view semua fail2 korang. Kalau rajin, copy balik semua fail korang dalam pendrive atau external masuk kat dalam laptop. Pastikan korang habis copy semua fail. Lepas tu format balik. Dan masukkan balik semua fail yang dah copy masuk laptop tuh kat dalam pendrive atau external korang. Kalau nak biarkan jek, bukak folder secara manual, pun boleh jugak. Takde masalah rasanya. Rasanya laa. Haha. Sekarang korang yang tak yakin dengan cara aku. Suka korang. XP

Aku rasa ni tutorial kedua yang aku buat. Kedua kot. Sebelum ni yang facebook ticker tuh. Dah takde function dah post tuh. Anyway, kalau korang ada cara yang lebih berkesan dan efektif, sila lah share. Dan kalau korang ada masalah, tanya jek laa. Kalau boleh tolong aku tolong. Tapi yang berkaitan software laa. Kalau hardware rosak hantar kedai jek laa. Haha.

Bercendawan tak baca entri ni? Haha. Aku tahu, ada yang baca entri ni walaupun dia takde masalah virus. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia. Tak berlumut ke korang? Haha. Dah laa panjang lebar aku explain. Banyak jugak merepek. Kan kan kan?

Eh. Dah. Aku dah takde idea nak bebel apa. Lain kali update lagi. Lagi bagus kalau ada suggestion. Haha. 

Kk. Daa.

-shiro-


p/s: Harap korang tak amek ilmu ni lepas tu buat tutorial baru kat blog korang tanpa kredit kat aku. Aku figure out sendiri cara ni. Respek ilmu aku. Share macam biasa jek sudah. Tak payah susah2 korang nak buat tutorial kan?

7 comments:

aja2 fighting said...

ahaha...rasanya dekat uitm je ada virus shortcut ni...penah kena skali..tapi ni melibatkan satu laptop...papepon good job...mohon share ek...=)

Ina Nadia said...

Nak tanya,macam mana nak dapatkan balik file format .docx or .xlsx yang kena virus ni?My mom punya kerja kena benda ni.Dah try buat guna software pun tak dapat.Yang dalam folder selamat but luar folder tak selamat.

Shiro Petta Petto said...

aja2 fighting : Eh. Bukan UiTM jek. Lim Kok Wing pun ada tau. Haha. Silakan.

Ina Nadia : Itu tak sure. Kalau nak retrieve balik guna software memang tak efektif sangat. Rasanya guna cara yang sama macam aku explain ni pun boleh jugak. Contohnya nama fail tu. 'Assignment.docx'. Nama pendrive tu F. So tekan jek kat box tu F:/Assignment.docx . Biasanya boleh. Dia akan terus open file tuh.

Neo Black said...

Bnde nie worm. Bkn virus. Sbb tu still blh bukak. Worm tu kcau link dr folder korang ke file2 dlm forlder korang.
So shiro, "worm" tau. Bkn "virus". Haha... saje je nk bgtau. ^_^
Then, worm nie not specific. Xmmpu nk share pape ilmu lagi.
BTW, nice entry shiro.

Shiro Petta Petto said...

Neo Black : Haha. Aku tak tahu pun benda ni di panggil worm. Tapi tak kisah laa. Sebab kebanyakan manusia akan describe benda ni sebagai virus. Thanks anyway.

dhia adawiyah said...

Alhamdulillah ! terima kasih sgt2 ! .. tapi, kalau nak guna penrive tu balik , still boleh lagi ke ? or kena buang virus dalam pendrive tu ? or tak boleh guna dah ?

Shiro Petta Petto said...

dhia adawiyah : Kalau pendrive tu dah di format balik, nak guna balik pun takde masalah.